Thursday, September 27, 2012

ilmu niaga



BERNIAGA BUKAN UNTUK SEMUA ORANG!

9/10 punca rezeki yang terbesar datangnya daripada perniagaan. Rasulullah saw pernah bersabda begitu lebih 1400 tahun dahulu. Malah, Richard Branson, pengasas Virgin Group pernah ditanya apakah rahsia membina kekayaan dan menjadi penderma/ philantrophist yang bagus, dia jawab "Anda mesti mempunyai perniagaan!". Masalahnya ialah ramai yang berniaga atau baru nak berniaga tapi bukan sahaja gagal, malah ada yang dah berniaga bertahun-tahun tetapi pendapatan dia lebih teruk dari mereka yang bekerja makan gaji.

Sekiranya anda tidak serius atau tidak mempunyai keinginan atau impian untuk mempunyai banyak wang, then baik kerja makan gaji. Cukuplah dapat gaji 1hb, masuk 2hb tinggal RM28.00 dalam akaun.

Kerana bisnes memang tidak mudah jika tidak ada keinginan, tidak ada mentor, tidak ilmu dan sistem atau formula yang bagus. Majoriti mereka yang hadir ke kelas saya dan berjaya merubah hidup mereka juga mempunyai KUASA TINDAKAN yang tidak lekang dek hujan dan tidak panas dek api! Kuasa tindakan yang lautan api sanggup ku renangi. Kuasa tindakan yang tidak terima bila orang kata "susah!" atau "payah" atau "tak boleh ni...."....... Dan mereka adalah orang yang mempunyai kekuatan jiwa dengan prinsip "Do whatever it takes to be successful!"

Malah, orang yang berniaga, apatah lagi baru nak berniaga samada part-time atau dari rumah. Mereka tak ada masa nak layan TV atau berada dalam "Comfort Zone" selesalah sangat kerana mereka tahu jika mereka bersusah payah hari ini, Insya-Allah mereka akan berjaya kemudian!

Mitos #1 yang ramai orang ada tentang berniaga adalah : Nak berniaga mesti ada modal wang yang banyak. Itu adalah kepercayaan khurafat. Majoriti mereka yang menjadi billionaire atau jutawan adalah mereka yang asalnya tidak ada modal duit tapi ada modal diri. Ilmu, pengalaman, kudrat, kuasa tindakan, strategi dan sanggup belajar daripada orang lain yang dah berjaya. Modal wang akan datang bila kita tunjukkan yang kita sanggup bekerja kuat membina perniagaan kita.

Saya akan berkongsi banyak perkara tentang bagaimana membina perniagaan anda sehingga menjadi usahawan yang berjaya serta Jutawan Industri dalam masa 3 tahun atau kurang dari sekarang dan jangan percaya cakap saya hadir nanti ke Klinik Usahawan Dr Azizan Osman- Seminar Jutawan Industri untuk mendengar sendiri bagaimana sedikit ilmu dan pengalaman saya telah membantu beratus ribu orang membina perniagaan mereka. Jangan dengar cakap sesiapa sahaja yang tak pernah berniaga dengan berjaya atau mereka yang takut berniaga selama ni dan hanya makan gaji serta berpemikiran yang negatif kerana mereka takut anda bakal buktikan yang pemikiran mereka adalah salah. Mereka suka anda join puak mereka di Pulau Alasan!

Pastikan anda daftar percuma di www.jutawanindustri.com! Kuasa tindakan anda hari inj menentukan kuasa kejayaan anda esok! Ada berani ke kecut? - Azizan Osman - pergi ke www.jutawanindustri.com